MUKAH, 30 Mac 2022- Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan majlis pemyampaian pingat perkhidmatan setia bahagian Mukah bertempat di Hotel Kingwood Resort, Mukah tengahari ini tadi.
Majlis kali ini merupakan majlis kedua yang diadakan untuk tahun 2022 selepas Bintulu. Hari ini seramai 193 orang penerima telah dijemput daripada 10 buah Jabatan /Agensi yang merangkumi agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Turut menerima pingat perkhidmatan setia pada tahun ini adalah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, YBhg Datu Khirudin bin Drahman, Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh dan Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail bin Kesah.
Hadir sama di majlis penganugerahan pingat perkhidmatan setia adalah YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti , YB Datuk Amar Jaul Samion, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YBhg Datu Dr. Muhammad Abdullah bin Zaidel, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sarawak, YB Royston Bin Valentine, ADUN N.57 Tellian, YB Abdul Yakub Bin Haji Arbi, ADUN N.58 Balingian danTuan Shafrie Bin Saili, Pemangku Residen Bahagian Mukah.
Sumber dari : Sarawakku